Ada satu ketika para sahabat datang kepada Nabi Muhammad ๏ทบ dengan hati yang ingin dikuatkan. Mereka berkata dengan penuh adab,

โ€œWahai Rasulullah, ceritakanlah kepada kami satu kisah yang indah.โ€

Permintaan itu dijawab dengan cara yang sangat halus. Bukan sekadar kisah, tetapi sebuah novel wahyu yang Allah ๏ทป sendiri turunkan โ€” Surah Yusuf. Sebuah kisah yang dibina oleh Allah ๏ทป, tentang manusia, tentang ujian, dan tentang bagaimana tangan Tuhan bergerak dalam senyap.

Ramai mengenali nama Nabi Yusuf, tetapi Surah Yusuf membawa kita lebih dekat kepada baginda. Allah โ€Ž๏ทป sendiri membuka perjalanan hidup seorang Nabi sejak kecil, seakan-akan membuka lembaran hati baginda supaya kita belajar sesuatu daripadanya. Tiada kisah tambahan manusia, tiada gangguan Israiliyyat; hanya kisah sebenar yang Allah โ€Ž๏ทป pilih untuk kita fahami.

Surah ini mengalir lembut seperti babak-babak sebuah hikayat agung. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu padat โ€” justeru mudah didekati. Dari awal hingga akhir, hanya satu insan diceritakan. Itulah yang menjadikan surah ini terasa seperti sebuah kisah penuh yang sangat peribadi, ditulis oleh Tuhan untuk kita renungkan.

Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู datang daripada keluarga para Nabi. Baginda mewarisi kelembutan Nabi Yaโ€˜qub ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, kesabaran Nabi Ishaq ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, dan kekuatan Nabi Ibrahim ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู. Namun hidupnya tidak mudah.

Kecemburuan saudara-saudaranya meragut masa kecilnya, memisahkannya daripada ayah yang sangat mencintainya. Fitnah menahannya di tempat yang tidak layak baginya. Penjara menyempitkan hari-hari baginda, tetapi tidak pernah menyempitkan harapannya kepada Allah ๏ทป.

Pada setiap episod itu, Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู tetap tenang. Baginda tidak mempersoalkan mengapa. Baginda hanya percaya bahawa Allah โ€Ž๏ทป sedang menulis sesuatu untuknya โ€” sesuatu yang hanya akan difahami apabila tiba masanya.

Dan itulah yang akhirnya berlaku.

Surah ini turun ketika Rasulullah ๏ทบ sendiri sedang berada dalam masa paling gelap. Tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan. Khadijah ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง isteri tercinta telah pergi. Abu Talib bapa saudara kesayangan juga pergi. Dua tongkat Nabi yang selama ini menaungi baginda tiba-tiba hilang. Dalam kemuraman itu, Allah ๏ทป menurunkan kisah Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู โ€” sebagai pelukan dari langit. Seolah-olah Allah ๏ทป berkata,



โ€œWahai Muhammad, lihatlah bagaimana Aku mengurus hidup Yusuf. Ujianmu juga Aku sedang aturkan, dan penghujungnya akan indah.โ€


Surah ini mengingatkan kita bahawa manusia boleh merancang, tetapi takdir bergerak dengan aturan Allah ๏ทป. Semua orang dalam kisah ini mempunyai rencana mereka sendiri, tetapi akhirnya semua tunduk kepada ketentuan Allah ๏ทป. Itulah asas akidah yang Allah ๏ทป mahu kita sedar: hanya Dia mengetahui perkara ghaib, dan hanya Dia mengatur perjalanan setiap hati.

Kisah ini juga menjadi jawapan kepada orang Yahudi yang cuba menguji Rasulullah ๏ทบ dengan soalan sejarah. Allah ๏ทป menjawabnya dengan penuh ketepatan melalui wahyu, membuktikan bahawa ilmu baginda bukan dari cerita manusia, tetapi daripada Tuhan semesta alam.

Dalam masyarakat kita pula, wujud salah faham bahawa Surah Yusuf dibaca untuk kecantikan atau menarik perhatian seseorang. Surah ini bukan azimat. Ia adalah panduan membina akhlak, iman, dan kekuatan jiwa โ€” sama seperti bagaimana Allah โ€Ž๏ทป membina Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู melalui ujian demi ujian.

Kisah Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู tidak hilang ditelan masa. Namanya disebut lagi ratusan tahun kemudian pada zaman Nabi Musa ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, menunjukkan bahawa kisah seorang nabi akan terus hidup apabila Allah SWT sendiri yang mengangkatnya.

Akhirnya, Surah Yusuf mengajar kita bahawa setiap ujian adalah babak dalam novel wahyu yang Allah โ€Ž๏ทป tulis untuk kita. Ada bab gelap, ada bab terang. Ada bab yang mematahkan, dan ada bab yang mengangkat lebih tinggi daripada apa yang kita sangka.

Dan dalam setiap bab itu, Allah โ€Ž๏ทป sentiasa ada โ€” membimbing, memperhalus, dan memelihara.


โญJom kita lihat Biodata Ringkas Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู:



Kisah Para Rasul & Tujuan Surah Yusuf


Dalam Al-Qurโ€™an, banyak kisah para Rasul diceritakan untuk menunjukkan betapa besarnya usaha mereka dalam menyampaikan dakwah tauhid, dan bagaimana kaum mereka menolak ajaran tersebut. Kisah-kisah ini menjadi penguat hati (tasliah) kepada Rasulullah ๏ทบ dan para sahabat yang sedang berhadapan dengan tentangan yang sama.

Namun Surah Yusuf sedikit berbeza. Surah ini tidak hanya menceritakan tentang dakwah, tetapi tentang suka duka kehidupan Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู sejak baginda kecil hingga dewasa. Kisah ini menjadi penghibur dan penguat semangat bagi kita semua yang sedang melalui ujian hidup. Bila kita lihat ujian Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, kita akan sedar bahawa ada orang lain diuji jauh lebih berat daripada kita.




Sabar Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู & Ujian Keluarganya

Melalui surah ini, kita dapat lihat betapa sabarnya Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู menghadapi ujian Allah โ€” dan tidak ada ayat yang menunjukkan baginda mengeluh. Ujian itu bukan hanya menimpa baginda, tetapi juga ayahnya, Nabi Yaโ€˜qub ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู. Maka kisah ayah dan anak ini berjalan seiring dan memberi banyak pengajaran tentang sabar, redha, dan tawakal.

Empat Perkara Utama Dalam Surah Yusuf

Secara ringkas, Surah Yusuf membawa empat mesej besar:


1. Hanya Allah โ€Ž๏ทป yang mengetahui perkara ghaib.

Para Nabi sekalipun tidak mengetahui perkara ghaib kecuali apa yang Allah โ€Ž๏ทป ajarkan. Ini asas akidah yang sangat penting untuk kita pegang.

2. Hanya Allah โ€Ž๏ทป memiliki kuasa penuh dalam mengatur segala perkara.

Walaupun kita melihat banyak usaha dilakukan oleh Nabi Yaโ€˜qub ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู, dan saudara-saudaranya, semua yang berlaku tetap dengan izin Allah โ€Ž๏ทป. Kuasa hakiki itu milik-Nya.

3. Surah ini menghiburkan Rasulullah ๏ทบ.

Turun di Mekah ketika baginda menghadapi tekanan besar daripada kaum Musyrikin. Kisah ini menunjukkan bahawa seperti mana saudara-saudara Yusuf akhirnya mengakui kebenaran, begitu jugalah musuh-musuh dakwah akan tunduk akhirnya.

4. Setiap Nabi akan melalui ujian besar.

Menjadi Nabi bukan kehidupan bebas; ia penuh tanggungjawab dan ujian. Begitu juga sesiapa yang mengikuti jejak dakwah para Rasul โ€” pasti diuji, tetapi Allah ๏ทป akan menolong mereka sebagaimana Dia menolong para Nabi.




Asbabun Nuzul: Soalan Yahudi


Ada satu sebab turunnya surah ini:
Sekumpulan Yahudi bertanya kepada Rasulullah ๏ทบ,

โ€œMengapa Bani Israil berada di Mesir dan mengapa mereka keluar dari Mesir?โ€


Mereka bertanya untuk merendahkan baginda, kononnya baginda tidak tahu sejarah itu. Maka Allah โ€Ž๏ทป menjawab melalui Surah Yusuf (tentang bagaimana mereka sampai ke Mesir) dan Surah Taha (tentang Nabi Musa ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู dan keluarnya mereka dari Mesir). Ini menjadi bukti kenabian Rasulullah ๏ทบ kerana baginda menyampaikan maklumat yang sama seperti Taurat, bahkan menambah perkara yang mereka sendiri tidak ketahui.



Surah Yusuf sebagai Penghibur di Tahun Kesedihan

Surah ini diturunkan sebelum Hijrah โ€” ia adalah Surah Makkiyyah. Ia turun selepas wafatnya isteri baginda, Khadijah ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง, dan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun itu digelar Tahun Kesedihan.

Menariknya, nama Yusuf berkait dengan akar kata yang bermaksud โ€œsedihโ€. Dalam kesedihan yang begitu mendalam, Allah โ€Ž๏ทป menurunkan surah ini sebagai hiburan dan kekuatan untuk Rasulullah ๏ทบ.




Kepercayaan Salah Dalam Kalangan Masyarakat

Orang Melayu memang suka Surah Yusuf kerana ada dakwaan kononnya jika dibacakan kepada wanita hamil, anak di dalam kandungannya akan menjadi kacak seperti Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู. Ini tidak benar. Kecantikan ditentukan oleh genetik, bukan melalui bacaan surah.

Ada juga dakwaan pelik โ€” lelaki membaca surah ini supaya wanita yang dirinduinya turut merinduinya. Ini adalah kepercayaan batil dan jauh daripada ajaran Al-Qurโ€™an. Surah ini diturunkan untuk difahami, bukan dijadikan azimat.




Jelas bukan setakat ini? Jom lompat ke


Comments

Leave a comment