ุฅูุฐ ู‚ุงู„ูŽ ูŠูˆุณููู ู„ูุฃูŽุจูŠู‡ู ูŠูฐุฃูŽุจูŽุชู ุฅูู†ู‘ูŠ ุฑูŽุฃูŽูŠุชู ุฃูŽุญูŽุฏูŽ ุนูŽุดูŽุฑูŽ ูƒูŽูˆูƒูŽุจู‹ุง ูˆูŽุงู„ุดูŽู‘ู…ุณูŽ ูˆูŽุงู„ู‚ูŽู…ูŽุฑูŽ ุฑูŽุฃูŽูŠุชูู‡ูู… ู„ูŠ ุณูฐุฌูุฏูŠู†ูŽ

Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:
โ€œWahai ayahku, sesungguhnya aku melihat (dalam mimpi)
sebelas bintang, matahari dan bulan.
Aku melihat semuanya tunduk kepadaku.โ€


โœจ Momen Seorang Anak Dengan Ayahnya

Ini adalah permulaan kisah Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู yang panjang ini. Ayat ini bermula dengan satu suasana yang sangat lembut.

Seorang anak muda, datang kepada ayahnya, Nabi Ya’qub ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู
dan berkongsi sesuatu yang dia tidak faham sepenuhnya.

Bukan kepada kawan. Bukan kepada orang ramai.
Tetapi kepada ayah yang dia percaya.

Ia mengajar kita supaya ada hubungan yang baik dengan ayah kita.
Jangan kita anggap mereka seperti orang asing,
Tapi anggaplah mereka sebagai orang kepercayaan kita.

Apa yang Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ceritakan ini bukan sekadar mimpi.
Ini adalah rasa pelik yang dia simpan dalam hati.
Maka baginda bertanya kepada ayahnya yang dipercayai.


๐Ÿชด Kenapa Mimpi Ini Terasa Berbeza?

Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู tidak berkata:

โ€œAku bermimpi perkara biasa.โ€

Baginda menyebut dengan jelas:

  • sebelas bintang
  • matahari
  • bulan
  • semuanya tunduk kepadanya

Mimpi ini besar. Dan Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู sendiri mungkin:

  • hairan
  • keliru
  • sedikit takut
    kerana tidak tahu apa maknanya.

Sebab itu baginda tidak simpan sendiri. Baginda terus bertanya.
Mengajar kita supaya jangan simpan kekeliruan dalam diri,
Kena cerita kepada orang lain untuk dapatkan nasihat.

Tapi tanya kepada orang yang tahu, yang ada ilmu.

Maksud mimpi Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู itu adalah:
Sebelas bintang adalah adik beradiknya
Matahari dan bulan adalah Ibu dan Ayahnya

Kenapa mereka sujud?
Sebagai tanda hormat kepada Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู.
Bukan sembah baginda pula.

Peristiwa sujud ini akan berlaku di hujung surah ini nanti.

Kenapa Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู mimpi sebegini?
Sebagai tanda yang baginda akan dilantik menjadi Nabi Allah.


๐ŸŽ Pelajaran Penting Untuk Remaja

Ayat ini ajar kita beberapa perkara penting:

๐Ÿ“Œ Bila ada perkara besar dalam hidup, cari orang yang tepat untuk berkongsi
๐Ÿ“Œ Tak semua rasa perlu dikongsi dengan semua orang
๐Ÿ“Œ Ada mimpi yang perlu dijaga, bukan diumumkan

Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู memilih ayahnya โ€” seseorang yang:

  • menyayangi
  • memahami
  • dan tidak akan memperkecilkan perasaannya

๐Ÿ’ญ Refleksi Remaja

Kalau kamu ada mimpi, harapan, atau rasa pelik
yang kamu sendiri tak fahamโ€ฆ

siapa orang pertama
yang kamu akan cerita?

Surah Yusuf bermula dengan soalan itu,
sebelum apa-apa ujian besar berlaku.


โ˜•๏ธSetakat ini, apakah kita telah pelajari?

๐Ÿ”— Boleh ye setakat ini? Jom ke Ayat Seterusnya

Selepas ini,
ayah Nabi Yusuf ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู akan memberi nasihat yang sangat penting โ€”
nasihat tentang:

  • cemburu
  • rahsia
  • dan menjaga diri

๐ŸŒฑโœจ


Comments

Leave a comment