
Para sahabat pernah meminta kepada Rasulullah ﷺ
sebuah kisah yang indah.
Maka Allah ﷻ menurunkan Surah Yusuf
dan menyebutnya sebagai
“Ahsanul Qasas” — kisah yang paling indah.
Bukan kerana semuanya bahagia,
tetapi kerana di dalamnya ada
ujian, sabar, luka, dan akhirnya hikmah.
Surah ini menceritakan perjalanan hidup
Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ
dari zaman kecil hingga dewasa,
dalam sebuah kisah yang lengkap dan tersusun.
Ia bukan kisah dongeng,
dan bukan juga sejarah yang kering.
Allah ﷻ menyampaikan sejarah
dalam bentuk cerita yang dekat dengan hati manusia.

Dalam surah ini, kita akan melihat:
🪴ujian dalam keluarga
🪴rasa tidak dihargai
🪴kesabaran dalam kesusahan
🪴dan bagaimana Allah mengatur hidup di saat manusia tidak nampak jalannya.
Surah Yusuf diturunkan
ketika Rasulullah ﷺ sedang diuji dengan kesedihan.
Maka surah ini juga menjadi penenang
untuk sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup.
Surah ini mengingatkan kita bahawa:
🪻Allah sahaja yang Maha Mengetahui
🪻Allah sahaja yang Maha Mengatur
🪻dan kesabaran orang beriman tidak pernah sia-sia

Bacalah Surah Yusuf dengan tenang.
Bukan sekadar untuk tahu ceritanya,
tetapi untuk melihat
apa yang Allah sedang ajar kepada kita.
Sudah bersedia? Jom kita mulakan dengan Ayat 1

Leave a comment