
Para sahabat pernah meminta kepada Rasulullah ﷺ untuk diberikan sebuah kisah yang indah. Lalu, Allah ﷻ menurunkan Surah Yusuf ini dan menamakannya sebagai “Ahsanul Qasas” — kisah yang paling indah.
Ini kerana kisah indah bukanlah kerana semuanya bahagia, tetapi kerana di dalamnya ada ujian, sabar, luka, dan akhirnya hikmah.
Surah ini menceritakan perjalanan hidup Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dari zaman kecil hingga dewasa. Kisah baginda dibawakan dengan lengkap dan tersusun.
Kisah ini bukan kisah dongeng, apatah lagi bukan juga sejarah yang kering. Allah ﷻ menyampaikan sejarah dalam bentuk cerita yang dekat dengan hati manusia.

Dalam surah ini, kita akan lihat:
🪴ujian dalam keluarga
🪴rasa tidak dihargai
🪴kesabaran dalam kesusahan
🪴dan bagaimana Allah mengatur hidup di saat manusia tidak nampak jalannya.
Surah Yusuf diturunkan ketika Rasulullah ﷺ sedang diuji dengan kesedihan. Maka surah ini juga menjadi penenang untuk sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup.
Surah ini mengingatkan kita bahawa:
🪻Allah sahaja yang Maha Mengetahui
🪻Allah sahaja yang Maha Mengatur
🪻dan kesabaran orang beriman tidak pernah sia-sia

Bacalah Surah Yusuf dengan tenang. Bukan sekadar untuk tahu ceritanya, tetapi untuk melihat apa yang Allah sedang ajarkan kepada kita.
Sudah bersedia? Jom kita mulakan dengan Ayat 1

Leave a comment