🌙 Mimpi yang Jadi Permulaan
Surah Yusuf bermula dengan satu mimpi, iaitu mimpi seorang anak kecil tentang masa depannya. Pada awalnya… kita mungkin tak faham. Apakah kaitan mimpi itu dengan semua yang berlaku selepas itu?
Tapi bila kita ikut satu persatu perjalanan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ:
- dibuang ke dalam telaga
- dijual sebagai hamba
- diuji dengan godaan
- dipenjara tanpa salah
- akhirnya dimuliakan
Baru kita sedar…
semua itu sebenarnya menuju kepada satu titik —
Allah sedang menunaikan mimpi itu.
🧩 Bila Hidup Rasa Berserabut
Kadang hidup kita nampak macam “bersepah” seolah-olah tak ada arah. Tapi sebenarnya…
Allah sedang susun semuanya — step by step.
🔄 Berubah, Tapi Tetap Sama
Kehidupan Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berubah banyak:
Daripada hamba >> kepada banduan >> kemudian menjadi orang yang berkuasa.
Namun terdapat satu benda tak pernah berubah:
Baginda tetap bergantung kepada Allah.
🌱 Manusia Boleh Berubah
Selain itu, surah ini menunjukkan orang yang pernah buat salah boleh jadi orang yang berkata benar. Orang yang pernah menyakiti boleh datang dengan penyesalan.
Oleh itu, jangan cepat putus harapan pada orang lain atau pada diri sendiri.
🌑 Gelap yang Membawa Cahaya
Kita kena sedar yang tidak semua yang kita lalui itu buruk. Lihat sahaja bagaimana Nabi Yusuf masuk ke dalam telaga yang begitu gelap, kemudian lebih teruk, baginda dimasukkan ke dalam penjara walau langsung tidak bersalah, yang lebih gelap lagi.
Tapi dari situlah…
Allah mengangkat baginda ke tempat yang lebih tinggi.
⏳ Sabar Itu Sebahagian Perjalanan
Sepanjang kisah ini, Allah mengajar kita:
- Ujian itu normal
- Sabar itu bukan lemah
- Menunggu itu bukan sia-sia
Kadangkala apa yang kita lalui sekarang adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.
✨ Ending yang Allah Tentukan
Surah Yusuf bukan sekadar cerita.
Ia adalah kisah tentang:
- diuji
- bertahan
- dan akhirnya faham
bahawa mesej yang paling penting adalah:
Allah TIDAK pernah meninggalkan kita.
Dan apa pun yang berlaku dalam hidup, kalau kita terus percaya—
akan ada ending yang indah pada waktu yang Allah tentukan, in shaa Allah.

Tamatlah tafsir Surah Nabi Yusuf yang amat menarik sekali. Jom kita mengembara ke surah seterusnya: Surah Ra’d.

Leave a comment