Tafsir Surah Ali Imran Ayat 5

إِنَّ اللَّهَ لا يَخفىٰ عَلَيهِ شَيءٌ فِي الأَرضِ وَلا فِي السَّمآءِ

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

Tauhid dalam Ilmu: Tiada Sesuatu Pun Tersembunyi daripada Allah

  • Pengetahuan Mutlak & Menyeluruh: Allah SWT menegaskan bahawa tiada satu perkara pun — sama ada yang berada di bumi mahupun di langit, yang zahir mahupun yang tersembunyi — terlepas daripada pengetahuan-Nya. Semuanya Allah tahu.
  • Ada perkara kita tahu berlaku di bumi. Tapi bukan semua kita tahu.
  • Kalau di langit, sikit sangat yang kita tahu. Kita tidak tahu pun berapa banyak planet di langit itu. Tapi Allah tahu.
  • Makna Perkataan Shay’un (شَيْءٌ): Penggunaan perkataan ini secara umum membuktikan ilmu Allah meliputi perkara masa lalu, masa kini, dan bila-bila masa pun termasuk masa hadapan yang belum berlaku pun. Ia menjelaskan kesempurnaan sifat Allah yang Maha Mengetahui (Al-‘Alim).
  • Peringatan Jangan Buat Dosa: Menyedari Allah tahu apa yang terpendam di dalam hati dan niat kita mendidik jiwa agar takut melakukan dosa walaupun ketika bersendirian.
  • Malah, Allah tahu apa yang di dalam hati kita pun.
  • Teguran Kepada Ahli Kitab: Ayat ini menempelak sikap pendeta dan rabi (istilah ahli agama mereka seperti ‘ustaz’ bagi orang Islam) zaman dahulu yang sengaja menyembunyikan kebenaran isi wahyu Taurat dan Injil daripada penganut awam demi mempertahankan kuasa dan harta

Baca lagi: https://celiktafsir.net/2015/12/07/ali-imran-ayat-5-6/


Comments

Leave a comment